KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) dikatakan memecat Setiausaha Agungnya, Tan Sri Annuar Musa yang dikatakan tidak sehaluan dengan partinya.
Keputusan itu dikongsi Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos yang berkata, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan akan mengambil alih jawatan Annuar.
Bagaimanapun, Setiausaha Akhbar Annuar, Tun Faisal Ismail Aziz berkata, Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan belum dimaklumkan mengenai keputusan pemecatannya itu. – UTUSAN ONLINE