Anggota Rela maut, nahas dengan lori - Utusan Malaysia

Anggota Rela maut, nahas dengan lori

KEADAAN kemalangan di Kilometer 26 Jalan Tampin-Gemas, berhampiran Pejabat Pos Gemencheh, Tampin, petang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) maut dalam kemalangan melibatkan sebuah motosikal dan sebuah lori tangki tanpa muatan, dekat sini semalam.

Kemalangan tersebut berlaku kira-kira pukul 6.40 petang di Kilometer 26 Jalan Tampin-Gemas, berhampiran Pejabat Pos Gemencheh.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Anuwal Ab. Wahab berkata, hasil siasatan awal mendapati, pemandu lori tangki itu dalam perjalanan ke Gedok Mas, Gemencheh berhenti di lampu isyarat.

“Tiba-tiba bahagian belakang lori tersebut dilanggar oleh sebuah motosikal Honda EX5. Akibat daripada kemalangan tersebut, penunggang motosikal telah dihantar ke Hospital Tampin untuk menerima rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, Anuwal berkata, mangsa, , R. Venu, 39, disahkan meninggal dunia di hospital dan bedah siasat akan dijalankan bagi mengetahui punca kematian.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

Sementara itu, abang mangsa, R. Tamalarasan, 42, berkata, kali terakhir dia bertemu dengan adiknya itu ialah pada pagi semalam selepas membelikan sarapan pagi buat mereka sekeluarga yang tinggal di Taman Indah Tampin.

“Adik yang merupakan anak bongsu daripada empat beradik tidak menunjukkan apa-apa perubahan. Selain membantu ibu menoreh getah, dia adalah seorang anggota Rela di daerah Rembau.

“Dia aktif membantu menjaga lalu lintas semasa kenduri, program atau menjaga keselamatan sejak lebih tujuh tahun menyertai Rela mengikut kawannya,” katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Tampin, dekat sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya