Anak gajah mati dilanggar kenderaan berat - Utusan Malaysia

Anak gajah mati dilanggar kenderaan berat

ANAK gajah yang ditemukan mati dipercayai dilanggar kenderaan berat di JRTB Gerik-Jeli dekat Gerik, Perak, semalam. - MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GERIK: Seekor anak gajah jantan berusia antara empat ke lima tahun ditemukan mati dipercayai dilanggar kenderaan di Kilometer 11 Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli, di sini semalam.

Bangkai haiwan dengan anggaran berat 650 kilogram itu ditemukan di tepi jalan oleh pengguna jalan raya kira-kira pukul 5 pagi.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusoff Shariff berkata, haiwan tersebut dipercayai mati ekoran dilanggar kenderaan berat sama ada bas atau lori.

Katanya, ia adalah berdasarkan kepada kesan kecederaan dialami haiwan berkenaan.

“Bagaimanapun, sehingga kini kita belum menerima sebarang laporan atau pengakuan pihak yang melanggar gajah tersebut.

“Berdasarkan kesan di lokasi kejadian, anak gajah itu berada dalam kumpulan yang dianggarkan dalam 10 hingga 14 ekor,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Yusoff, bangkai gajah tersebut sudah dipindahkan dan ditanam di kawasan hutan berhampiran oleh anggota Perhilitan Gerik.

Katanya, pengguna jalan raya diminta berhati-hati melalui jalan berhampiran hutan terutama di kawasan hidupan liar seperti di Jalan Gerik-Jeli.

“Orang ramai juga diingatkan agar sentiasa berwaspada dan mengambil berat papan tanda mengenai kewujudan binatang liar di sesuatu kawasan dan patuh dengan arahan yang dipamerkan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya