Amaran 'Awas  Perlis zon merah' penuhi  Perlis - Utusan Malaysia

Amaran ‘Awas  Perlis zon merah’ penuhi  Perlis

JABATAN Kesihatan Perlis mengambil inisiatif mengantung banting tertera 'Awas Perlis adalah zon merah Covid-19' di sekitar Perlis.- UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Pelbagai usaha dilakukan pihak berkuasa dalam meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai bahaya penularan pandemik Covid-19.

Antaranya Jabatan Kesihatan negeri mengambil usaha kreatif menggantung banting  ‘Awas Perlis adalah zon merah Covid-19’ yang dipasang sekitar negeri ini sejak petang semalam.

Langkah tersebut menimbulkan ketakutan orang ramai dan secara tidak langsung mereka akan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Perlis mula menunjukkan peningkatan kes sejak minggu lalu dengan setakat semalam sebanyak 56 kes aktif direkodkan.

Malah, buat pertama kalinya sejak tercetusnya pandemik, Perlis merekodkan kes terkumpul  mencecah tiga angka iaitu 120 kes.

Peningkatan kes menyebabkan Perlis  diisytiharkan sebagai zon merah sekali gus arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kembali dilaksanakan berkuat kuasa esok.

Jabatan Kesihatan negeri dalam satu kenyataan memaklumkan, sebanyak 100 banting dipasang di kawasan tumpuan orang ramai dan jalan-jalan utama di Kangar, Kuala Perlis,  Arau, Pauh, Sanglang dan Beseri.

Kenyataan itu memaklumkan, banting tersebut  dipasang petang semalam dan pemasangan di semua lokasi dijangka siap  hari ini.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya