577 ditahan ingkar SOP dengan 545 daripadanya dikompaun - Utusan Malaysia

577 ditahan ingkar SOP dengan 545 daripadanya dikompaun

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seramai 577 individu lagi ditahan semalam atas pelbagai kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kesemua mereka diberkas Task Force Operasi Pematuhan diketuai polis yang melakukan sebanyak 31,155 pemeriksaan dengan meliputi pelbagai premis seluruh negara.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, 545 dikompaun dan 32 direman dengan kes tertinggi kekal iaitu tidak memakai pelitup muka sebanyak 190.

“Diikuti tiada jarak fizikal (112), rentas kawasan tanpa izin (81), gagal sedia alat rekod butiran (75), premis dibuka lebih masa (62) dan lain-lain (57),” katanya pada sidang akhbar semalam.

Sejumlah 2,474 pasukan yang meliputi 10,581 anggota semalam telah memantau sebanyak 2,946 pasar raya, 3,453 restoran, 1,390 kilang, 2,540 bank dan 347 pejabat kerajaan.

Juga dipantau ujarnya ialah 2,314 rumah ibadah, 873 tempat riadah selain 679 terminal pengangkutan darat, 139 terminal pengangkutan air dan 46 terminal pengangkutan udara.

Seramai 12 pendatang asing tanpa izin turut ditahan melalui Operasi Benteng yang meliputi pelbagai agensi bagi kekang jenayah rentas sempadan dan menyekat penularan Covid-19.

“Sebanyak lima kenderaan darat juga dirampas, manakala 447 sekatan jalan raya dibuat selain operasi itu mengesan 115 bot atau kapal berdekatan perairan negara,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan sejumlah 112 operasi sanitasi awam juga dijalankan seluruh negara semalam melibatkan 663 anggota bomba dan 130 jentera jabatan tersebut.

Menyentuh kuarantin wajib ujarnya, sehingga kini seramai 796 individu tiba di tanah air dengan kesemuanya diarahkan untuk menjalani proses itu di sejumlah 28 stesen kuarantin.

“Sejumlah 108,343 individu pulang ke negara ini sejak 24 Julai lalu dengan kuarantin wajib di 80 buah hotel serta 15 institut latihan awam dan swasta seluruh negara,” kata beliau.

Sementara itu, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) memeriksa 34 tapak binaan dengan tiga diberi amaran kerana tidak patuhi SOP manakala satu tidak beroperasi.

Dalam pada itu setakat semalam juga, Kementerian Sumber Manusia mengesahkan 184,607 pekerja warga asing sudah pun menjalani saringan wajib Covid-19 sejak 1 Disember lalu.

Daripada jumlah berkenaan ujar beliau, seramai 3,655 pekerja terbabit disahkan sebagai positif manakala baki membabitkan 180,952 lagi adalah negatif dijangkiti wabak tersebut.

Proses itu melibatkan sejumlah 6,869 majikan dengan pembabitan 845 buah klinik mengikut program berkenaan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pula semalam membuat pemantauan 11 jenis bekalan barang di 594 peruncit, 163 pemborong dan 27 pengilang.

Pegawai penguat kuasa kementerian itu juga melakukan sejumlah 1,725 pemeriksaan khas pematuhan di seluruh negara dengan kesemua premis didapati mematuhi SOP ditetapkan. UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya