47 pekerja asing disahkan positif Covid-19 - Ismail Sabri

47 pekerja asing disahkan positif Covid-19

SEJAK 1 Disember tahun lalu, seramai 259,129 pekerja asing selesai melakukan ujian saringan Covid-19 melibatkan sebanyak 10,741 majikan dan daripada jumlah berkenaan, seramai 4,782 orang disahkan positif Covid-19.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seramai 47 orang lagi pekerja warga asing disahkan positif Covid-19 ketika menjalani ujian saringan di empat negeri dan dua Wilayah Persekutuan semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jumlah itu merosot berbanding seramai 133 individu direkodkan oleh Kementerian Sumber Manusia kelmarin.  

“Pihak kementerian itu memaklumkan sejumlah 8,028 pekerja warga asing sudah menjalani saringan wajib itu di seluruh negara semalam,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Secara kumulatif ujar beliau, sejak 1 Disember tahun lalu, seramai 259,129 individu sudah pun selesai melakukan ujian saringan Covid-19 yang melibatkan sebanyak 10,741 majikan.

Daripada jumlah berkenaan ujarnya lagi, hanya 4,782 pekerja warga asing yang disahkan positif wabak tersebut, manakala selebihnya iaitu seramai 254, 347 orang lagi adalah negatif.

Sebanyak 890 klinik terlibat dalam program mandatori itu selari arahan kerajaan mewajibkan pekerja asing menjalani ujian dengan kos saringan perlu ditanggung majikan masing-masing.

Buat permulaan, arahan itu diwajibkan di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Sabah serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan sebelum diperluaskan ke negeri lain.

Mulai 2 Februari ini, ujian dilaksanakan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) itu akan melibatkan kesemua baki sembilan buah negeri lain dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Keperluan saringan ini diwajibkan oleh kerajaan menerusi Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dengan pematuhan dipantau oleh Kementerian Sumber Manusia.

Proses saringan tersebut, hanya menggunakan kaedah RTK Antigen yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan dengan kos kit ujian tersebut dibiayai sepenuhnya pihak Perkeso. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya