43 kesalahan trafik boleh selesai secara dalam talian - Utusan Malaysia

43 kesalahan trafik boleh selesai secara dalam talian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bermula Februari ini, pengguna jalan raya di Selangor yang disaman kerana melanggar 43 kesalahan trafik di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 tidak perlu hadir ke mahkamah untuk membayar saman.

Sebaliknya, pesalah trafik boleh menyelesaikan saman yang dikenakan melalui Sistem Pengakuan Salah Kes Trafik Secara Dalam Talian (Sistem e-PG) yang dilancarkan badan kehakiman, minggu depan.

Antara kesalahan itu di bawah Seksyen 26 melibatkan lesen memandu, Seksyen 79 membabitkan penalti kerana mengabaikan arahan dan isyarat lalu lintas serta Seksyen 110 (penalti kerana galangan dan gangguan).

Menurut kenyataan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, sekiranya orang kena saman (OKS) memilih membuat pengakuan salah melalui Sistem e-PG, kehadiran ke mahkamah adalah dikecualikan melainkan jika diarahkan sebaliknya.

Kenyataan itu menyebut, projek perintis dilaksanakan di Selangor bagi kes trafik yang didaftarkan di Mahkamah Majistret 3 Shah Alam bermula 2 hingga 5 Februari ini.

Jelas kenyataan itu, orang awam yang mempunyai kes yang didaftarkan di mahkamah tersebut boleh melayari Sistem e-PG di https://ecourt.kehakiman.gov.my bermula 2 Februari ini.

“Badan kehakiman berharap dapat melancarkan sepenuhnya sistem e-PG di Mahkamah Majistret seluruh Semenanjung bermula 1 April ini manakala bagi Mahkamah Majistret Sabah dan Sarawak bermula Jun,” jelas kenyataan itu.

Kenyataan itu menjelaskan, Sistem e-PG membolehkan OKS di seluruh negara membuat pengakuan salah bagi kesalahan-kesalahan yang tersenarai daripada mana-mana tempat menggunakan peranti mudah alih.

Jelasnya, statistik di Mahkamah Majistret menunjukkan lebih daripada satu juta kes saman trafik yang didaftarkan terdiri daripada kes trafik yang kebanyakannya berakhir dengan pengakuan bersalah dan hukuman denda.

Oleh yang demikian, sistem berkenaan membantu mendigitalkan proses pengakuan bersalah dalam kes kesalahan trafik sekali gus mempercepatkan proses pelupusan kes tersebut.

Jelas kenyataan itu, Sistem e-PG ADALAH alternatif kepada prosiding sedia ada yang menghendaki pesalah trafik hadir secara fizikal ke mahkamah.

Menurut kenyataan tersebut, Sistem e-PG iTU dapat mengurangkan keperluan penerima saman kesalahan trafik untuk hadir sekali gus menjimatkan masa, wang dan menjaga keselamatan terutama ketika pandemik Covid-19 melanda negara.

Bagi memudahkan pemahaman penggunaan Sistem e-PG, orang ramai boleh merujuk Carta Aliran Tatacara Pengendalian Prosiding Kes Saman Trafik Melalui Teknologi Komunikasi Jarak Jauh untuk panduan.

Orang awam boleh melayari Portal rasmi Badan Kehakiman Malaysia di www.kehakiman.gov.my untuk sebarang maklumat lanjut.

* SENARAI KESALAHAN YANG DIBENARKAN UNTUK DIBUAT PENGAKUAN SALAH MELALUI TEKNOLOGI KOMUNIKASI JARAK JAUH:

Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 133]

Seksyen 6 -Larangan bagi kenderaan motor yang tidak mematuhi kaedah-kaedah

Seksyen 7 – Pendaftaran kenderaan motor dan pemunya

Seksyen 12 – Pemeriksaan kenderaan motor dan pemberian maklumat kepada Ketua
Pengarah

Seksyen 14 – Memperagakan nombor pendaftaran

Seksyen 15(1) – Lesen kenderaan motor

Seksyen 20 – Memperagakan lesen kenderaan motor

Seksyen 21 – Lesen pelawat

Seksyen 22 -Lesen perdagangan kenderaan motor

Seksyen 23(1), 23(2) – Kesalahan lain berkaitan dengan pendaftaran dan pelesenan kenderaan motor

Seksyen 26 – Lesen memandu

Seksyen 29 – Ujian kekompetenan memandu

Seksyen 32 – Penggantungan lesen memandu apabila hilang kelayakan

Seksyen 39 – Sekatan ke atas pemanduan oleh orang muda

Seksyen 46 – Memandu semasa menghidap penyakit atau ketidakdayaan

Seksyen 47 – Menunggang di atas injak-injak dan menghalang pemandu

Seksyen 48 – Galangan disebabkan kenderaan di jalan

Seksyen 49 – Menunggang di belakang pemandu

Seksyen 50 – Gangguan dan desakan menyalahi undang-undang

Seksyen 51 – Mengambil kenderaan motor tanpa izin pemunya berdaftar

Seksyen 52 – Kewajipan berhenti jika berlaku kemalangan

Seksyen 55 – Kewajipan memberhentikan kenderaan apabila diminta

Seksyen 56 – Lesen vokasional

Seksyen 57 – Lesen vokasional bagi kenderaan barangan dan kenderaan pekerja

Seksyen 58 – Kewajipan mengemukakan lesen memandu dan perakuan insurans

Seksyen 58A – Memaklumkan pertukaran alamat

Seksyen 59 – Kuasa melarang penggunaan kenderaan

Seksyen 63 – Kehendak penimbangan kenderaan

Seksyen 66D – Mempamerkan perakuan pemeriksaan

Seksyen 66H – Permit masuk kenderaan motor asing

Seksyen 70 – Kuasa menyekat penggunaan kenderaan pada jalan tertentu

Seksyen 72 – Mengadakan tempat letak kereta dan tempat perhentian

Seksyen 75 – Lintasan pejalan kaki

Seksyen 76 – Kewajipan pejalan kaki mematuhi arahan lalu lintas

Seksyen 77 – Mendirikan isyarat lalu lintas

Seksyen 78 – Kuasa mengadakan sekatan jalan

Seksyen 79 – Penalti kerana mengabaikan arahan dan isyarat lalu lintas

Seksyen 80 – Tali, dsb., melintangi jalan

Seksyen 86 – Sekatan bagi kenderaan di atas jambatan

Seksyen 98 – Kewajipan untuk memberi maklumat yang perlu kepada pihak ketiga

Seksyen 102 – Penyerahan balik perakuan disebabkan pembatalan polisi

Seksyen 103 – Pengemukaan perakuan

Seksyen 110 – Penalti kerana galangan dan gangguan

Seksyen 114 – Kuasa pegawai pengangkutan jalan dalam penyiasatan

– UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN