4,150 penuntut Unimap nikmati Internet percuma - Utusan Malaysia

4,150 penuntut Unimap nikmati Internet percuma

SEBAHAGIAN penuntut Unimap yang menerima pakej data Internet Celcom secara percuma dalam sebuah majlis di Unimap Arau, Perlis baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Seramai 4,150 penuntut Universiti Malaysia Perlis (Unimap) daripada golongan berpendapatan rendah (B40) yang terjejas dengan pandemik Covid-19 akan menikmati pakej data Internet Celcom secara percuma.

Naib Canselor Unimap, Prof. Dr. R. Badlishah Ahmad memberitahu, pemberian kad sim dengan data sebanyak 40GB bagi tempoh sebulan itu bermula dari 1 Januari hingga 31 Januari.

“Pihak Celcom menawarkan harga yang terbaik kepada Unimap iaitu sebanyak RM220,000 dengan jumlah 4,150 kad sim.

“Walaupun hanya untuk tempoh sebulan, saya kira ia adalah satu kemudahan yang membantu penuntut melaksanakan proses pembelajaran dan menyelesaikan tugasan dalam talian dengan lancar,” katanya di sini hari ini.

Menurut R. Badlishah, pihak Celcom membuka kaunter secara serentak bermula 1 hingga 3 Januari lalu di tiga lokasi iaitu PFI2, UniCITI dan kolej kediaman Unimap di Wang Ulu bagi tujuan pengedaran kad sim.

Katanya, pembahagian nama penuntut bagi pemberian kad sim tersebut adalah mengikut kolej kediaman masing-masing.

Jelasnya, bagi mereka yang masih berada di rumah, kad sim tersebut akan diposkan.

“Semoga para penuntut dapat memanfaatkan faedah ini sebaik mungkin untuk kegunaan pembelajaran mereka dan terima kasih kepada pihak Celcom Axiata kerana sudi terlibat secara langsung dalam membantu meringankan beban pelajar Unimap,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya