4,000 murid Pasti mulakan sesi persekolahan esok - Utusan Malaysia

4,000 murid Pasti mulakan sesi persekolahan esok

SERAMAI kira-kira 4,000 murid Pasti di negeri ini memulakan sesi persekolahan mereka esok mengikut SOP ditetapkan kerajaan di Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

-MELAKA: Kira-kira 4,000 murid yang berdaftar di 81 buah Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) di negeri ini memulakan sesi persekolahan masing-masing, esok.

Ketua Dewan Pemuda Pas Melaka, Ahmad Bilal Rahudin berkata, sesi persekolahan itu melibatkan murid berusia empat, lima dan enam tahun.

Katanya, waktu pembelajaran bermula seperti biasa pada pukul 8 pagi sehingga 12.30 tengah hari dengan pengamalan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.

“Seramai 4,000 pelajar berdaftar dengan Pasti memulakan sesi persekolahan mereka di 81 buah premis esok.

“Murid yang terlibat dalam kelas kreatif akan meneruskan pembelajaran sehingga pukul 5 petang,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Ujar Ahmad Bilal, ibu bapa yang tidak sempat mendaftarkan anak mereka sebelum ini masih boleh melakukan pendaftaran esok bermula pukul 7 sehingga 8 pagi.

Mengulas jumlah murid yang ditempatkan dalam setiap kelas, Ahmad Bilal berkata, ia bergantung kepada kapasiti keluasan premis.

“Murid-murid ini disusun mengikut jarak SOP dan sekiranya ruang penuh, pusat jagaan kita tidak menerima lagi pendaftaran baharu.

“Selain itu, Jabatan Amal Malaysia (JAM) Melaka termasuk yang bertugas dalam bidang perubatan dan kesihatan akan membantu memastikan kelancaran pada hari pertama sesi persekolahan esok,” katanya.

Tambahnya, ibu bapa murid juga diberikan borang saringan kesihatan anak masing-masing sebagai langkah mengekang penularan wabak itu dalam kalangan murid-murid. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya