2 asrama pekerja asing di Jalan Masjid India dijumpai daif - Utusan Malaysia

2 asrama pekerja asing di Jalan Masjid India dijumpai daif

PASUKAN TFSKC meninjau suasana asrama penginapan pekerja asing di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur kelmarin. - KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Dua premis perniagaan di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur didapati gagal menyediakan kemudahan penginapan sempurna kepada pekerja asing digajikan mereka.

Kementerian Sumber Manusia dalam satu kenyataan memaklumkan, penemuan itu hasil siri pemeriksaan dijalankan oleh Task Force Program Saringan Kesihatan Covid-19 (TFSKC).

“Pasukan ini mengadakan operasi terhadap dua premis berkenaan kelmarin dan kertas siasatan dibuka atas pelbagai kesalahan,” kata kenyataan itu hari ini.

Anggota TFSKC terdiri daripada Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) serta Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH).

Menurut kenyataan tersebut, operasi dibuat di ibu negara berkenaan turut disertai Kementerian Kesihatan serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

“Dua premis ini didapati tiada sebarang perakuan penginapan, malahan majikan belum membuat sebarang permohonan untuk mendapatkan perakuan tersebut,” katanya.

Selain itu, beberapa kesalahan lain di bawah Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990 turut dikesan anggota pasukan TFSKC dalam operasi mengejut tersebut.

Ia termasuk ruang sesak dan tiada pengudaraan yang baik sekali gus membolehkan tindakan undang-undang diambil pihak kementerian ke atas kedua-dua premis berkenaan.

Majikan dan penyedia penginapan berpusat yang didapati melanggar akta itu boleh dikenakan hukuman maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali.

Akta berkenaan dipinda pada 1 Jun lepas dengan skop baharu diperluas kepada semua sektor pekerjaan berbanding sebelum itu cuma meliputi bidang perladangan dan perlombongan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya