100 klinik swasta sedia bantu pemberian vaksin Covid-19  - Utusan Malaysia

100 klinik swasta sedia bantu pemberian vaksin Covid-19 

JAGDEEP SINGH DEO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Sebanyak 100 klinik swasta di negeri ini bersedia menawarkan perkhidmatan secara percuma untuk membantu Kementerian Kesihatan dalam proses pemberian vaksin Covid-19 kepada rakyat. 

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa negeri, Jagdeep Singh Deo berkata, perkara itu hasil perbincangan antara kerajaan negeri dan Persatuan Pengamal Perubatan Swasta Pulau Pinang (PMPS) baru-baru ini. 

Katanya, usaha berkenaan adalah persediaan awal kerajaan negeri bagi memastikan proses pemberian vaksin Covid-19 oleh kerajaan  kepada rakyat negeri ini berjalan lancar. 

“Penduduk di negeri ini warga tempatan sahaja sekitar 1.8 juta, bayangkan jika jumlah ini yang mahu mengambil vaksin Covid-19. 

“Jadi sebagai langkah persediaan, 100 klinik swasta yang menjadi ahli PMPS bersedia membantu Kementerian Kesihatan dengan menawarkan kepakaran mereka secara percuma untuk proses vaksinasi Covid-19,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. 

Semalam, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, vaksin Covid-19 itu dijangka tiba di Malaysia bulan depan. 

Khairy juga berkata, kementerian juga akan memastikan Pelan Vaksinasi Kebangsaan berjalan lancar dan satu mesyuarat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin Covid-19 akan diadakan pada Khamis ini, bagi memuktamadkan pelan berkenaan. 

Menurut Jagdeep, kerajaan negeri mengambil langkah berkenaan selepas mendapati  majikan berdepan  kesukaran menjalankan ujian saringan Covid-19 untuk pekerja warga asing yang berjumlah lebih 140,000 di negeri ini. 

“Kita dapati kapasiti premis kesihatanmenjalankan saringan Covid-19 ini kurang mencukupi untuk memenuhi keperluan memandangkan jumlah yang ingin disaring tinggi. 

“Disebabkan itu, kerajaan negeri bersiap sedia lebih awal untuk proses pemberian vaksin dengan menjalin kerjasama bersama 100 klinik swasta ini,” katanya. 

Sementara itu, Presiden PMPS, Dr. Pramjit Singh berkata, pakar perubatan yang menjadi ahli PMPS kini dalam keadaan sedia untuk membantu KKM memberi vaksin Covid-19 kepada rakyat Pulau Pinang. 

“Segala prosedur operasi standard  (SOP) pemberian vaksin Covid-19 akan ditentukan oleh KKM dan ahli-ahli kami menawarkan kepakaran secara percuma untuk melicinkan lagi proses vaksin kepada rakyat,” katanya.  UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya