10 lagi sekolah rendah di Kuala Terengganu tutup akibat Covid-19 - Utusan Malaysia

10 lagi sekolah rendah di Kuala Terengganu tutup akibat Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Sepuluh lagi sekolah rendah di daerah ini diarahkan tutup hari ini berikutan kes positif Covid-19.

Sekolah yang terlibat ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kesom, SK Bukit Petiti, SK Pulau Manis, SK Manir, SK Tengku Ampuan Mariam, SK Kedai Buloh, SK Tok Dir, SK Pusat Kuala Ibai, SK Seri Budiman dan SK Gong Tok Nasek.

Penutupan sementara itu berkuat kuasa dalam tempoh tujuh hari hingga 30 Januari ini bagi membolehkan kerja-kerja nyah kuman dilakukan.

Perkara itu disahkan Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Nor Azimi Yunus.

Kelmarin, SK Sultan Sulaiman 1 dan SK Paloh di sini ditutup selama 14 hari berikutan penemuan lapan kes positif Covid-19.

Penutupan sementara itu bermula 22 Januari hingga 5 Februari ini untuk memberi laluan kepada kerja-kerja nyah kuman.

Penutupan tersebut dibuat mengikut Seksyen 18(1)(d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) bagi mengelak perebakan penyakit berjangkit. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya