YouTuber direman dua hari kes cabul pelajar - Utusan Malaysia

YouTuber direman dua hari kes cabul pelajar

SEORANG YouTuber direman dua hari bagi membantu siasatan dakwaan mencabul seorang wanita berusia 24 tahun di Mahkamah Majistret Kota Bharu, Kelantan. - UTUSAN/ZULHANIFA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang pencipta kandungan YouTube (YouTuber) ditahan reman dua hari selepas dipercayai mencabul seorang gadis di sebuah inap desa di Kubang Kerian, di sini empat bulan lalu.

Perintah reman yang bermula hari ini sehingga esok itu dikeluarkan Majistret Kamarul Hasyime Rosli.

Terdahulu, suspek yang berusia 22 tahun itu tiba di pekarangan Mahkamah Kota Bharu kira-kira pukul 10.35 pagi diiringi anggota polis.

Kes disiasat mengikut Sek­syen 354 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencabul.

Semalam, polis dilaporkan menahan suspek selepas dipercayai mencabul seorang mangsa yang juga pelajar sebuah universiti ketika menjalani penggambaran di inap desa tersebut.

Ketua Polis Daerah Kota Bha­ru, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, suspek sebelum ini menawarkan mangsa untuk berlakon drama arahannya dengan bayaran RM600.

Selepas selesai menjalani penggambaran, sus­pek mengajak mangsa tidur di inap desa dengan ala­san masih ada penggambaran keesokan harinya dan ketika berada di dalam bilik, mangsa didatangi suspek yang kemudian mencabulnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya