Waris bayi perempuan berusia 13 bulan dicari - Utusan Malaysia

Waris bayi perempuan berusia 13 bulan dicari

PKMD Sik sedang mengesan waris kepada bayi perempuan berusia 13 bulan yang menjadi mangsa pengabaian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SIK: Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Sik sedang mengesan waris kepada bayi perempuan berusia 13 bulan yang menjadi mangsa pengabaian.

Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Sik, Shamsul Izrin Isahak berkata, bayi itu dibawa ke Hospital Sik pada tahun lalu oleh jiran kepada ibu bayi berkenaan.

Katanya, bayi terbabit bagaimanapun tidak pernah dituntut oleh ibunya yang dikenali sebagai Intan Nur Fatihah Hasbuludin, 22, dan kini ditempatkan di Rumah Pelindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Sebelum ini Hospital Sik sudah memaklumkan melalui Borang 9 Akta Kanak-Kanak 2001 pindaan 2016 ke Pelindung Kanak Kanak, PKMD Sik bahawa terdapat bayi disyaki diabaikan di bawah Seksyen 17 (1)(c) (i) Akta kanak-kanak 2001 pindaan 2016.

“Bagaimanapun atas prosedur jabatan, kes akan disiasat untuk kebaikan dan kepentingan masa hadapan bayi berkenaan agar terbela di masa akan datang,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Shamsul Izrin berkata, pihaknya cuba mengesan ibunya yang beralamat terakhir di Nombor 61, Kampung Chemara di sini.

Katanya, kali terakhir ibu kandungnya dijumpai pada 20 Oktober lalu ketika dia datang ke PKMD Sik untuk berjumpa dengan Pelindung Kanak Kanak.

“Selepas itu, ibu kandung bayi berkenaan gagal dikesan sehingga sekarang dan usaha mengesan ibu kandungnya menemuKANjalan buntu.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai ibu bayi berkenaan boleh menghubungi Pelindung Kanak Kanak, Syarol Anwar Adnan menerusi nombor 04-4690230,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN