Warga emas OKU rentung rumah terbakar - Utusan Malaysia

Warga emas OKU rentung rumah terbakar

ANGGOTA bomba menjalankan operasi memadam kebakaran sebuah rumah di Kampung Ubai, Pekan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEKAN: Warga emas orang kurang upaya (OKU) ditemukan rentung dalam kejadian kebakaran sebuah rumah di Kampung Ubai, di sini hari ini.

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa, Mohd. Lazim Mat Nor, 63, seorang diri di rumah dan tidak berupaya menyelamatkan diri.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Anuar Hassan berkata, pihaknya menerima aduan tentang kejadian itu pada pukul 10.30 pagi.

“Sejurus selepas menerima aduan, Pusat Gerakan Operasi mengarahkan petugas Balai Bomba dan Penyelamat Peramu ke lokasi kejadian dengan bantuan empat jentera.

“Operasi memadam kebakaran melibatkan 15 anggota diketuai Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Ismail Abdul Ghani,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kata Anuar, kebakaran tersebut memusnahkan 90 peratus struktur rumah berkenaan dan punca kejadian masih dalam siasatan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya