Warga emas maut dirempuh kereta - Utusan Malaysia

Warga emas maut dirempuh kereta

SEORANG warga emas yang menunggang basikal maut dalam kemalangan di Jalan Kuala Perlis-Changlun berhampiran laluan bertingkat Kampung Chempa Pauh, Arau, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Seorang warga emas maut apabila basikal lumba yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang tidak sempat mengelak dalam kemalangan di Jalan Kuala Perlis-Changlun berhampiran jejambat Kampung Chempa, Pauh di sini hari ini.

Mangsa, Ooi Fo Seng, 64, disahkan maut di tempat kejadian oleh pihak ambulans dari Hospital Tuanku Fauziah pada pukul 8.53 pagi.

Bagaimanapun, pemandu kereta  tersebut yang berumur 32 tahun tidak mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Nanda Maarof berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 8.40 pagi tersebut, mangsa yang berasal dari Taman Kemajuan, Kangar yang berada di laluan sebelah kiri secara tiba-tiba mengubah laluan yang menyebabkan pemandu tersebut tidak sempat mengelak.

“Hasil makluman awal siasatan mendapati pemandu kereta tersebut datang  dari arah Changlun dan menghala ke tempat kerjanya. 

“Sampai di tempai kejadian tiba-tiba mangsa yang berada di laluan sebelah kiri mengubah haluan untuk masuk ke kanan dan terus masuk ke laluan kereta terbabit yang ada di belakang. Akibat jarak yang dekat, pemandu kereta tidak sempat mengelak dan melanggar mangsa dari belakang,” katanya di sini hari ini.

Tambah beliau, tiada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) atau kamera perakam video (dashcam) semasa kejadian.

Namun begitu, beliau memberitahu, saksi bersama mangsa iaitu penunggang basikal secara berkumpulan yang berada di tempat kejadian akan membuat laporan susulan.

Menurutnya, susulan itu polis menahan pemandu terbabit seorang anggota tentera dan berasal dari Pokok Sena, Kedah.

“Kes ini diklasifikasikan  di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik HTF dan sedang menunggu kebenaran bedah siasat,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya