Vaksin Covid-19 perlu disahkan halal atau tidak - Utusan Malaysia

Vaksin Covid-19 perlu disahkan halal atau tidak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan perlu melakukan kajian terperinci terhadap status vaksin Covid-19 supaya menepati syarak, sekali gus mengelak perkara itu dijadikan isu mana-mana pihak, terutama golongan antivaksin.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, perkara itu membantu memberi keyakinan kepada orang Islam untuk menerimanya tanpa sebarang keraguan.

“Ada segelintir masyarakat tolak terus vaksin ini tetapi bagi saya ini tidak tepat sebab vaksin juga antara usaha kita mencegah penyakit. Kalau ia halal dan tidak bercanggah dengan syarak, apa salahnya?

“Namun, kita minta supaya kerajaan menjalankan kajian terperinci dan merujuk kepada pihak berkuasa agama atau majlis fatwa supaya tidak timbul polemik dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Mohd. Amar yang juga Timbalan Menteri Besar ditemui pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Menteri sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengumumkan kerajaan akan mula membuat tempahan awal vaksin Covid-19 menerusi peruntukan berjumlah lebih RM3 bilion dalam Belanjawan 2021.

Vaksin terbabit dijangka diperoleh suku pertama tahun depan selepas mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya