KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah menyatakan kesediaan bekerjasama memimpin jika kerajaan Perikatan Nasional (PN) tumbang dalam bacaan kali ketiga Belanjawan 2021 esok.
Beliau sehubungan itu meminta wakil rakyat memberi peluang untuk mereka memimpin negara.
Malah beliau turut bersedia untuk berkhidmat kepada negara sekali lagi tanpa sebarang gaji.
“Kami sudah berbincang supaya negara kembali maju semula. Kita sedar negara hadapi banyak masalah.
“Semua sistem kerajaan tidak dijalankan dengan baik. Kerajaan yang ada juga asyik berpolitik. Nak tentukan kedudukan mereka, kita perlu hidupkan semula dasar nak maju negara . Saya ada sedikit pengalaman, Ku Li ada pengalaman.Kita pendapat pengalaman kita boleh sumbang pada negara,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE