Tolak motosikal 1 km ke pondok polis - Utusan Malaysia

Tolak motosikal 1 km ke pondok polis

SEBAHAGIAN remaja yang ditahan polis ketika sedang melepak di tepi jalan di Tasek Gelugor, Butterworth, Pulau Pinang petang semalam. - IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Seramai 60 individu termasuk pelajar berusia 16 tahun terpaksa berjalan kaki dengan sebahagiannya menolak 17 buah motosikal sejauh satu kilometer dari Jalan Air Itam ke Pondok Polis Padang Menora, Tasek Gelugor dekat sini, petang semalam.

Kesemua mereka yang berusia sehingga 25 tahun itu pada mulanya dikesan berkumpul di kawasan tersebut sebelum diserbu polis pada pukul 6.30 petang.

Difahamkan ketika operasi itu, sebahagian remaja berkenaan duduk sambil melepak di tepi jalan di kawasan kampung manakala beberapa yang lain sedang menunggang motosikal di sekitar kawasan tersebut.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, polis turut menyita 17 buah motosikal dalam operasi itu manakala kesemua mereka dibawa ke pondok polis bagi diambil keretangan.

“Sebanyak 68 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan antaranya tiada lesen memandu, tiada cermin sisi, nombor plat ‘fancy’, tiada nombor plat, lesen tamat tempoh, tiada insuran dan mengubah suai aksesori,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Difahamkan, kesemua mereka dibebaskan selepas selesai proses dokumentasi selepas malam tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya