Tiga bayi antara 23 mangsa banjir Bandar Penawar - Utusan Malaysia

Tiga bayi antara 23 mangsa banjir Bandar Penawar

ANGGOTA Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penawar membantu memindahkan mangsa banjir Kampung Baru Sungai, Bandar Penawar, Kota Tinggi. IHSAN BOMBA JOHOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI : Tiga bayi merupakan antara 23 penduduk yang terpaksa dipindahkan ke pusat penempatan sementara (PPS) dalam kejadian banjir yang berlaku di Kampung Baru Sungai Mas, Bandar Penawar sini semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor memaklumkan, kejadian itu berlaku apabila arus air yang deras dan paras air lebih sehingga empat kaki di kawasan terlibat.

Katanya, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penawar yang menerima panggilan kecemasan banjir pada pukul 10.20 malam kemudian menghantar lapan anggota dan dua jentera ke lokasi.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi kejadian, didapati benar berlaku kejadian banjir di Kampung Baru Sungai Mas dengan keadaan arus air yang deras dan paras air lebih kurang antara tiga dan empat kaki. 

“Bomba bertindak memindahkan mangsa melibatkan seramai 23 orang dengan dibantu bot fiber orang kampung. Semua mangsa banjir dipindahkan ke PPS di Balai Raya Kampung Baru Sungai Mas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, 23 mangsa itu antaranya melibatkan seorang warga emas dan empat kanak-kanak.

Semalam, hujan melanda beberapa kawasan di negeri ini termasuk Johor Bahru dan Pontian.

Pada bulan lalu, beberapa lokasi di negeri ini antaranya Johor Bahru dan Pontian dilanda banjir kilat sehingga menyebabkan seramai 155 orang daripada 40 keluarga terjejas dan terpaksa dipindahkan ke PPS yang dibuka sejurus kejadian itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya