Tiada PKPD di Selangor - Polis - Utusan Malaysia

Tiada PKPD di Selangor – Polis

NOOR AZAM JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Tiada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di semua pintu masuk dan keluar negeri ini seperti yang ditularkan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, berita yang tular di laman sosial dengan berlatar belakang siaran berita televisyen tempatan hari ini adalah palsu.

“Kenyataan yang dikeluarkan ini tidak benar.

“Orang ramai dinasihatkan bertenang dan tidak mudah mempercayai serta terpengaruh dengan berita yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Noor Azam menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang perkongsian atau menyebarkan sesuatu berita daripada sumber tidak sahih.

“Perbuatan penyebaran sebegini boleh menyebabkan kegusaran dalam kalangan masyarakat dan boleh mengugat ketenteraman awam,” ujarnya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya