Tembak PGA: Empat lagi individu ditahan - Utusan Malaysia

Tembak PGA: Empat lagi individu ditahan

EMPAT suspek dibawa keluar dari Mahkamah Kangar, Perlis selepas mendapat perintah reman lima hari bagi membantu siasatan insiden tembakan yang mengorbankan seorang anggota PGA di sempadan Malaysia-Thailand, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR : Polis negeri terus agresif memburu suspek bagi membantu siasatan insiden tembakan yang mengorbankan seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di sempadan Malaysia-Thailand, baru-baru ini dengan terbaharu empat lagi individu ditahan.

Kesemua mereka berusia antara 19 tahun hingga 41 tahun itu ditahan di sekitar negeri ini dan Kedah antara pukul 4.30 petang hingga 11.30 malam semalam.

Ketua Polis negeri, Datuk Surina Saad berkata, tiga daripada suspek ditahan di Padang Besar manakala seorang lagi suspek berusia 19 tahun ditahan di Alor Setar, Kedah.

“Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 302/307 Kanun Keseksaan.

“Selepas ini akan ada lagi tangkapan baharu yang akan dibuat bagi membantu siasatan kes ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tangkapan baharu tersebut menjadikan kesemua yang ditahan setakat ini adalah seramai 41 individu termasuk empat warga Thailand dan seorang dalang penyeludupan.

Pada 24 November lalu, Sarjan Baharuddin Ramli, 54, terkorban dalam pertempuran dengan 13 penyeludup ketum kira-kira 600 meter dari tembok sempadan negara berhampiran pos kawalan TS9, Padang Besar.

Kesemua suspek tersebut direman selama lima hari sehingga Selasa ini.

Perintah reman tersebut dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Kangar, Siti Nor Hasliza Md. Ali di bilik reman Kompleks Mahkamah Kangar di sini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya