Tembak PGA: 15 lelaki tempatan direman - Utusan Malaysia

Tembak PGA: 15 lelaki tempatan direman

SERAMAI 15 lelaki tempatan dibawa naik di atas lori selepas mendapat perintah reman di Mahkamah Kangar, Perlis, hari ini- UTUSAN/NAZLINA NADZARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Seramai 15 lelaki tempatan ditahan reman tujuh hari hingga Rabu depan bagi membantu siasatan insiden tembakan yang mengorbankan seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di sempadan Malaysia-Thailand, minggu lalu.

Perintah reman tersebut dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Kangar, Siti Nor Hasliza Md Ali di bilik reman Kompleks Mahkamah Kangar.

Kesemua suspek yang berusia 20 tahun hingga 45 tahun itu ditahan oleh polis kontinjen Perlis semalam.

Ketua Polis negeri, Datuk Surina Saad berkata, kesemua tangkapan itu melibatkan penyeludup daun ketum dan dadah di kawasan sekitar Padang Besar.

“Seramai 14 orang kena tahan (OKT) dibawa ke mahkamah pagi tadi, sementara urusan reman seorang lagi dilakukan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di Kangar.

“Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 302/307 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed memberitahu, lebih ramai suspek baharu akan ditangkap kerana operasi Op Bersepadu yang masih berjalan.

Tangkapan baharu tersebut menjadikan kesemua yang ditahan setakat ini adalah seramai 37 orang termasuk 22 orang sebelumnya yang turut melibatkan 4 warga Thailand dan seorang dalang penyeludupan.

Pada 24 November lalu, Sarjan Baharuddin Ramli, 54, terkorban dalam pertempuran dengan 13 penyeludup ketum kira-kira 600 meter dari tembok sempadan negara berhampiran pos kawalan TS9, Padang Besar. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya