Tambang percuma bot laju P.Pinang bagi pejalan kaki bermula 1 hingga 14 Januari depan - Utusan Malaysia

Tambang percuma bot laju P.Pinang bagi pejalan kaki bermula 1 hingga 14 Januari depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB) menawarkan perkhidmatan bot laju percuma bagi penumpang pejalan kaki selama dua minggu bermula 1 Januari hingga 14 Januari depan.

PPSB dalam satu kenyataan di sini hari ini memaklumkan, tambang percuma itu ditawarkan hasil perbincangan dengan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong baru-baru ini.

“PPSB komited untuk menyediakan perkhidmatan dan kemudahan feri yang boleh dipercayai untuk kegunaan orang ramai.

“Sebarang maklumat terkini akan dikongsi di laman web rasmi PPSB,” katanya.

Bermula 1 Januari depan, perkhidmatan bot laju akan digunakan bagi membawa penumpang pejalan kaki menggantikan feri ikonik yang sudah beroperasi kira-kira 126 tahun di negeri ini.

Feri ikonik sedia ada pula hanya akan digunakan bagi penunggang basikal dan motosikal sehingga Julai 2022 manakala perkhidmatan feri untuk membawa kereta ditamatkan sepenuhnya bermula 1 Januari depan.

Bagaimanapun, tambang feri tidak berubah iaitu RM1.20 bagi pejalan kaki dewasa; kanak-kanak antara enam hingga12 tahun (60 sen) manakala RM1.40 bagi penunggang basikal dan RM2 (motosikal). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya