Tahanan bolos ditahan semula  - Utusan Malaysia

Tahanan bolos ditahan semula 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUBANG PASU: Seorang lelaki dalam tahanan polis bertindak melarikan diri ketika dibawa ke Mahkamah Jitra di sini untuk dituduh atas kes dadah, kelmarin.

Suspek berusia 25 tahun itu berjaya ditahan semula di kawasan semak di Kampung Lama Jitra  di sini selepas lebih lima jam menghilangkan diri.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Deputi Superintenden Chien Chunng Tsaur berkata, orang kena tahan itu dibawa dari lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Terap ke Mahkamah Jitra di sini  pukul 9 pagi.

“Lelaki itu dibawa ke mahkamah tersebut bersama enam tahanan  lain dalam keadaan bergari dengan diiringi empat anggota polis menaiki van. 

“Setibanya di pekarangan mahkamah pukul 10.15 pagi, didapati pintu belakang van terbuka sebelum mendapati lelaki terbabit hilang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, tahanan itu dibawa ke Mahkamah Majistret Jitra bagi berdepan pertuduhan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Menurut Chunng Tsaur, polis kemudian menjalankan Op Tutup selain melaksanakan operasi cari dan tangkap bagi mengesan suspek.

“Lelaki itu ditahan  semula pukul 3.50 petang di kawasan semak dan berpaya di Kampung Lama Jitra iaitu  kira-kira satu kilometer dari mahkamah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya