KUALA LUMPUR: Cadangan penubuhan sebuah konsortium bagi mengendalikan proses mengimport daging ke negara ini sangat baik, namun dikhuatiri bakal mewujudkan masalah baharu iaitu monopoli yang bakal menjejaskan para pengimport sedia ada. Meskipun tidak dinafikan kaedah itu dapat menjamin soal kehalalan produk, natijah yang lebih besar perlu difikirkan adalah berkemungkinan dasar terbabit hanya menguntungkan satu-satu pihak. Bercakap kepada Utusan Malaysia, pakar ekonomi dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Madya Dr. Nuradli Ridzwan Shah Mohd. Dali berkata, kaedah melantik pengimport tunggal sama seperti peranan yang dimainkan Padiberas Nasional (Bernas), hanyalah langkah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya