Sungai Perai alternatif air kepada penduduk Pulau Pinang - Utusan Malaysia

Sungai Perai alternatif air kepada penduduk Pulau Pinang

CHOW KON YEOW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang sedang melihat potensi Sungai Perai sebagai sumber alternatif bekalan air mentah bagi memenuhi keperluan rakyat di negeri ini.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, walaupun kapasiti air Sungai Perai tidak mampu memenuhi keperluan rakyat di negeri ini secara keseluruhannya namun mampu menjadi sumber bekalan air mentah tambahan bagi Pulau Pinang pada masa akan datang.

Bagaimanapun, ujar beliau, perkara tersebut masih dalam peringkat kajian dan dijangka siap hujung Januari ini.

“Serentak itu, kerajaan negeri sedang berusaha mendapatkan persetujuan Kementerian Air dan Sumber Asli bagi projek Skim Penyaluran Air Mentah Sungai Perak (SPRWTS) sebagai pilihan kedua sumber bekalan air mentah selain Sungai Muda.

“Sekiranya kedua-dua projek berkenaan gagal, maka Pulau Pinang perlu melakukan penyahgaraman air laut tetapi kosnya adalah amat tinggi berbanding rawatan air biasa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, secara umumnya Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) adalah syarikat pengurusan air terbaik di negara ini yang sentiasa melihat cabaran pada masa depan dalam memastikan Pulau Pinang memiliki air terawat mencukupi pada setiap masa.

Ketika ini, Pulau Pinang berdepan tuntutan caj sumber air mentah sebanyak RM50 juta setahun daripada Kerajaan Negeri Kedah.

Kon Yeow menegaskan Pulau Pinang tidak akan membayar tuntutan itu namun bersedia berunding dengan Kerajaan Negeri Kedah bagi mengelak hubungan tegang antara kedua-dua negeri. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya