Sultan Johor agih barangan kepada 1,000 keluarga - Utusan Malaysia

Sultan Johor agih barangan kepada 1,000 keluarga

ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam menyusun barangan keperluan kurniaan Sultan Ibrahim untuk 1,000 keluarga terkesan Covid-19 di Batu Pahat. - FB SULTAN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan barangan keperluan makanan kepada 1,000 keluarga yang terjejas akibat pandemik COVID-19 di daerah Batu Pahat, hari ini.

Bantuan barangan keperluan makanan menerusi Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) disampaikan oleh wakil baginda, Mejar Cina Datuk David Wong kepada Pegawai Daerah Batu Pahat, Zulkiflee Abbas.

Zulkiflee berkata, terdapat ramai anggota masyarakat hilang punca pendapatan akibat penularan wabak Covid-19 dan jumlah itu semakin meningkat di Batu Pahat.

“Oleh itu, kami memohon bantuan daripada pelbagai pihak bagi membantu meringankan beban rakyat memerlukan.

“Patik juga menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada baginda Tuanku Sultan atas bantuan yang dikurniakan kepada rakyat daerah Batu Pahat,” katanya kepada Royal Press Office (RPO).

Barangan keperluan makanan itu kemudian dibawa ke Batu Pahat menggunakan lima lori yang disanitasi sebelum diagihkan kepada penerima terutama kepada ahli keluarga dijangkiti pandemik berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN