Subsidi buat pekebun kecil miskin selama-lamanya - Dr. M - Utusan Malaysia

Subsidi buat pekebun kecil miskin selama-lamanya – Dr. M

DR. MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pemberian subsidi semata-mata tanpa bantuan untuk memodenkan sistem pertanian di negara ini membuatkan para petani dan pekebun kecil terus miskin selama-lamanya.

Menegaskan perkara itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad (Bebas-Langkawi) berkata, peruntukan dalam Belanjawan 2021 kepada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan sepatutnya memberi tumpuan kepada kaedah-kaedah pertanian moden yang menambah pendapatan mereka.

“Yang saya tak bersetuju adalah bagi subsidi tanpa mempermoden dan menambahkan pendapatan petani-petani dan pekebun-pekebun kecil. Mungkin kerajaan Perikatan Nasional (PN) sudah memikir dan melaksanakan cara-cara pertanian moden ini.

“Jika sudah, ketepikanlah saja pendapat saya ini tetapi setakat yang saya tahu pekebun kecil masih kecil dan peruntukan hanya untuk subsidi. Maka, akan miskinlah pekebun kita selama-lamanya,” katanya ketika berucap membahaskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2021 peringkat jawatan kuasa bagi kementerian itu di Dewan Rakyat.

Ketika menggulung perbahasan di peringkat dasar minggu lalu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan, kerajaan bercadang menyediakan peruntukan RM80 juta untuk Tabung Bencana Pertanian.

Kerajaan juga mencadangkan kenaikan kepada kadar Elaun Sara Hidup Nelayan Darat (ESHND) daripada RM200 kepada RM250 sebulan bagi 3,400 nelayan darat yang berdaftar.

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) diteruskan dan bayaran sebanyak RM300 sebulan akan
dibayar pada bulan Disember 2020, Januari 2021 dan Disember 2021 kepada pekebun kecil yang layak di bawah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN