Suara pandangan di media sosial beri persepsi negatif - Amirudin - Utusan Malaysia

Suara pandangan di media sosial beri persepsi negatif – Amirudin

AMIRUDIN SHARI (dua dari kanan) menyampaikan pelekat RiDE kepada seorang penerima inisiatif di Bangunan SUK Selangor, Shah Alam, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Tindakan menyuarakan pandangan di media sosial hanya memberi persepsi negatif dan tidak menyelesaikan sebarang salah faham yang timbul antara satu sama lain.

Pengerusi PKR Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, tindakan itu harus dielakkan kerana bimbang pelbagai tanggapan dan persepsi timbul sekiranya perbualan mereka dibaca.

“Isu berkaitan parti sepatutnya dibincangkan secara dalaman dengan ahli parti sahaja. Sekiranya ada sesiapa yang tidak berpuas hati tentang parti atau ahli parti, mereka boleh suarakannya semasa mesyuarat.

“Saya akan menyuarakan pandangan berhubung isu ini dalam mesyuarat akan datang dan sebarang keputusan berhubung diserahkan kepada kepimpinan tertinggi pusat serta Biro Politik parti untuk menentukannya,” katanya selepas majlis penyerahan Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) di Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor, di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai perbualan beberapa pemimpin Angkatan Muda Keadilaan (AMK) termasuk ketuanya, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir melalui aplikasi WhatsApp.

Menerusi tangkap layar yang tular itu menunjukkan seolah-olah mereka tidak berpuas hati dengan kepimpinan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Terdahulu, bekas ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli memberitahu Akmal Nasrullah bukanlah satu-satunya individu yang pernah untuk tidak bersetuju dengan Anwar.

Rafizi berkata, beliau sendiri pernah memberi teguran kepada presiden parti itu supaya berhati-hati memilih individu yang dipercayainya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya