Spice & Seasoning sumbang barangan digital kepada SK Intan Baiduri - Utusan Malaysia

Spice & Seasoning sumbang barangan digital kepada SK Intan Baiduri

NORZITA Osman (tiga dari kiri) dan Debbie Teh (dua dari kiri) bersama sebahagian daripada komputer sumbangan Spice & Seasoning Specialities Sdn. Bhd.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Spice & Seasoning Specialities Sdn. Bhd. pengeluar mi segera jenama Ibumie melaksanakan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dengan menyumbang barangan digital terdiri daripada 20 unit komputer, dua unit televisyen interaktif, dan empat unit projektor kepada Sekolah Kebangsaan Intan Baiduri (SK Intan Baiduri) di sini, baru-baru ini.

Majlis penyerahan barangan disempurnakan Pengurus Pemasaran Spice & Seasoning Specialies Sdn. Bhd., Debbie Teh.

Sumbangan itu bertujuan membantu pengurusan sekolah memperkasakan pendidikan komunikiasi teknologi maklumat (ICT) kepada murid-murid sekolah terbabit yang terkesan akibat krisis global penularan wabak COVID-19.

Pada masa yang sama, ia juga membantu warga pendidik, khususnya guru melengkapkan diri dengan penguasaan dalam teknologi digital dan menguasai ilmu berkaitan ‘e-learning’ untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar.

Hadir sama, Guru Besar SK Intan Baiduri, Norzita Osman dan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu, Llyod Daves Wales.

Norzita mengucapkan terima kasih kepada Spice & Seasoning Specialies Sdn. Bhd. dan terharu dengan sumbangan yang diberikan.

Katanya, ia merupakan sinar untuk pelajar-pelajar dan juga pihak pengurusan di sekolah tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya