Seorang kakitangan positif Covid-19, Plaza Tol Sedenak disanitasi

Seorang kakitangan positif Covid-19, Plaza Tol Sedenak disanitasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Plus Malaysia Berhad (Plus) mengesahkan seorang kakitangannya di Plaza Tol Sedenak dekat sini telah disahkan positif jangkitan Covid-19, semalam.

Plus dalam satu kenyataan media memaklumkan kakitangan tersebut merupakan seorang Pembantu Khidmat Pelanggan.

Jelas kenyataan itu lagi, individu berkenaan kini sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital.

“Plus juga telah menjalankan pengesanan kontak dan mengarahkan semua kakitangan operasi dan penyelenggaraan di plaza tol terbabit supaya mengadakan pemeriksaan dan saringan kesihatan.

“Pada masa yang sama, Plus memberi jaminan bahawa kerja-kerja disinfeksi dan pembersihan akan diadakan di plaza tol yang terbabit,” jelas kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, plaza tol berkenaan akan ditutup sementara selama enam jam bermula pukul 12 tengah hari ini untuk kerja sanitasi dan pembersihan.

Sehubungan itu, orang ramai dari Sedenak dan kawasan sekitar yang ingin menuju ke Kuala Lumpur atau Johor Bahru boleh memasuki lebuh raya Plus menerusi Plaza Tol Simpang Renggam atau Kulai sepanjang tempoh penutupan tersebut.

“Sementara itu, bagi pelanggan dari Kuala Lumpur yang menghala ke Sedenak dinasihatkan supaya keluar dari lebuh raya menerusi Plaza Tol Simpang Renggam, manakala bagi pelanggan dari Johor Bahru yang menghala ke Sedenak dinasihatkan supaya keluar dari lebuh raya menerusi Plaza Tol Kulai.

“Plus akan memaklumkan sebarang perubahan dari masa ke masa,” tambah kenyataan itu lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya