Selepas guru, jururawat pula dakwa dicabul pendakwah selebriti - Utusan Malaysia

Selepas guru, jururawat pula dakwa dicabul pendakwah selebriti

NOOR Azam Jamaluddin (tengah) melakukan gimik pelancaran Balai Polis Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam, Selangor hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang lagi wanita tampil membuat laporan polis Ahad lalu dengan mendakwa dicabul pendakwah selebriti, Disember tahun lepas.

Wanita berusia 26 tahun dan bekerja sebagai jururawat di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur itu membuat laporan polis pukul 4 petang.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaluddin berkata, berdasarkan laporan, mangsa mengenali pendakwah selebriti itu menerusi laman media sosial pada 2018.

“Mangsa mendakwa dicabul di rumah pendakwah selebriti berkenaan di Seksyen 7, di sini.

“Buat masa ini, keseluruhan laporan polis yang diterima berkaitan pendakwah tersebut adalah sembilan kes,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Balai Polis Seri Muda, Seksyen 25 di sini hari ini.

Menurut Noor Azam, daripada sembilan kes berkenaan, tujuh daripadanya dilaporkan di Shah Alam manakala selebihnya di Petaling Jaya.

“Bagaimanapun, dua daripada kes tersebut diklasifikasikan sebagai Tiada Tindakan Lanjut (NFA) kerana kejadian yang dilaporkan itu tidak berlaku.

“Tujuh kes lain diteruskan siasatandan kita melihat semua sudut dengan mengumpul semua maklumat berkenaan kejadian,” ujarnya.

Terdahulu, perintah tahanan reman terhadap suspek berusia 25 tahun disambung lagi lima hari bagi membantu siasatan berhubung kes di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya