PUTRAJAYA: Bukan daging kuda, babi atau kanggaru seperti yang diheboh-hebohkan, sebaliknya daging kambing, lembu, angsa dan ayam. Itu disahkan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi kepada Utusan Malaysia melalui keputusan ujian DNA terhadap sampel daging yang dirampas dari sebuah syarikat pengimport daging sejuk beku di Johor Bahru, awal bulan ini. Beliau berkata, pihaknya menjalankan siasatan menyeluruh terhadap isu kartel yang menggemparkan tanah air, termasuk menjalankan analisis DNA terhadap daging-daging tersebut. Justeru, Isnin lalu, Jabatan Kimia melakukan analisis sebelum mendapati sampel DNA…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya