KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatan kuasa bagi Kementerian Luar.
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said mengumumkan keputusan berkenaan yang diperoleh berdasarkan proses undian suara.
Sesi penggulungan RUU bagi Kementerian Luar dilakukan Timbalan Menteri, Datuk Kamarudin Jaafar.
Kementerian Luar menerima peruntukan bernilai RM778 juta dalam Belanjawan 2021. – UTUSAN ONLINE