KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatan kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) diluluskan sebentar tadi.
Keputusan diumumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun.
RUU itu diputuskan dengan sokongan majoriti ahli Parlimen tanpa melalui proses undian belah bahagian.
Berdasarkan pembentangan Belanjawan 2021 yang dibentangkan Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 6 November lalu, kementerian itu menerima peruntukan berjumlah RM708.8 juta. – UTUSAN ONLINE