RUU Perbekalan 2021 Kementerian Pertanian dan Industri Makanan lulus - Utusan Malaysia

RUU Perbekalan 2021 Kementerian Pertanian dan Industri Makanan lulus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Dewan Rakyat sebentar tadi meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatan kuasa bagi Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd. Rashid Hasnon mengumumkan keputusan berkenaan.

Seperti beberapa kementerian sebelum ini, RUU Kementerian Pertanian dan Industri Makanan turut mendapat sokongan majoriti ahli parlimen tanpa melalui proses undian belah bahagi.

Kementerian ini diterajui Datuk Seri Dr Ronald Kiandee memperoleh peruntukan berjumlah RM4.790 bilion.

Dana itu melibatkan peruntukan sebanyak RM1.512 bilion bagi pembangunan dan RM3.278 bilion untuk perbelanjaan mengurus.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN