RUU Perbekalan 2021 Kementerian Pembangunan Luar Bandar turut diluluskan - Utusan Malaysia

RUU Perbekalan 2021 Kementerian Pembangunan Luar Bandar turut diluluskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Selepas Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 Kementerian Pembangunan Luar Bandar peringkat jawatan kuasa.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun mengumumkan keputusan berkenaan selepas lebih banyak suara bersetuju (sokong).

Sesi penggulungan dilakukan Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Dr. Abdul Latif Ahmad melibatkan anggaran perbelanjaan pembangunan dan pengurusan sebanyak RM10.2 bilion.

Ini merupakan sesi perbahasan kementerian yang keempat diluluskan melalui undi suara. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN