PADANG BESAR: Sebagai pewaris terakhir Awang Batil, Romli Mahmud atau lebih mesra dengan panggilan Bang Li pastinya runsing memikirkan masa depan kesenian tersebut jika dia sudah tiada nanti. Apakah kesenian yang berusia ratusan tahun itu bakal pupus ditelan arus moden selepas dalam kalangan generasi muda sekarang dilihat sudah tidak lagi berminat mempelajari atau mewarisinya. Kebimbangan itu sangat dirasai Romli, 66, yang pastinya menjadi insan paling terkesan jika tidak menemukan pewaris benar-benar layak menggantikan tempatnya kelak. Setakat ini, difahamkan terdapat dua anak didik Romli yang berpotensi menggantikan tempatnya, namun mereka dikatakan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya