Reman pendakwah selebriti disambung - Utusan Malaysia

Reman pendakwah selebriti disambung

PENDAKWAH selebriti (dua dari kiri) dibawa ke Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor baru-baru ini untuk menyambung tempoh tahanan reman. - UTUSAN/ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Reman terhadap seorang pendakwa selebriti yang disiasat berhubung dakwaan merogol kenalan Instagram, tahun lalu disambung lima hari bermula esok.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, Ahmad Feisal Mohd. Azmi.

Pada 27 November lalu, bekas peserta program realiti berusur keagaaman itu direman selama lima hari yang berakhir hari ini.

Terdahulu, pendakwah selebriti itu dibawa ke mahkamah dalam keadaan bergari ke Kompleks Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada pukul 11 pagi oleh pasukan polis dan turut diringi peguamnya, Ahmad Amzar Ahmad Azlan.

Ketika ditemui selepas tamat prosiding reman itu, Ahmad Amzar memberitahunya anak guamnya itu memberikan kerjasama sepenuhnya dalam siasatan oleh pihak polis.

“Anak guam saya menafikan semua dakwaan. Dia berada dalam keadaan sihat dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa berhubung laporan polis yang diterima (di Shah Alam dan Petaling Jaya),” jelasnya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat memaklumkan, sebanyak enam laporan polis diterima setakat ini iaitu lima di Shah Alam dan satu di Petaling Jaya.

“Siasatan dijalankan di bawah kesalahan seksual seperti Seksyen 376 (rogol), Seksyen 354 (cabul), Seksyen 377 (seks luar tabii) dan Seksyen 323 (mendatangkan kecederaan), kesemuanya merupakan peruntukkan mengikut Kanun Keseksaan,” jelasnya.

Sebelum ini, memetik kenyataan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, suspek ditahan pada 26 September lalu selepas hadir memberikan keterangan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam berhubung laporan yang dibuat mangsa sehari sebelum itu.

“Siasatan awal mendapati mangsa keluar dengan lelaki itu yang dikenalinya menerusi laman sosial Instagram pada 11 September tahun lalu. Tujuan pertemuan itu adalah bagi berbincang berkenaan masalah kemurungan yang dihadapi mangsa dengan kaedah perubatan Islam.

“Lelaki itu membawa mangsa makan di kedai makan sebelum balik ke rumah dengan alasan untuk memberikan penerangan mengenai penyakit kemurungan dan didakwa telah merogol mangsa,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya