Rakyat makin tak minat makan nanas, langsat, tembikai - Utusan Malaysia

Rakyat makin tak minat makan nanas, langsat, tembikai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Ketika permintaan durian melonjak  setiap tahun, keadaan sebaliknya berlaku ke atas beberapa buah tempatan yang menurun mendadak.

Laporan Indikator Pertanian Terpilih 2020 yang diterbitkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan permintaan terhadap nanas, langsat dan tembikai semakin merosot.

Rekod kejatuhan besar membabitkan  nanas apabila pengeluaran jatuh pada tahun lalu kepada 314,627 tan berbanding tahun sebelumnya 322,551 tan dan 340,722 tan pada 2017.

Senario sama dialami langsat apabila buah itu mencatatkan hanya 18,933 tan sepanjang 2019 lalu daripada 19,633 tan pada 2018 dan 22,912 tan pada tahun sebelumnya.

Pengeluaran tembikai juga turun banyak kepada 144,147 tan pada 2019 berbanding 150,261 tan (2018) dan 172,275 tan (2017).

DOSM merekodkan permintaan cempedak turut menerima tempias  apabila pengeluarannya hanya 27,893 tan pada tahun lalu daripada 30,041 tan (2018) namun lebih tinggi berbanding 26,935 tan (2017).

Buah-buahan lain yang mencatatkan peningkatan signifikan antaranya rambutan sebanyak 55,891 tan sepanjang tahun lepas daripada 52,991 tan (2018) dan 37,215 tan (2017).

Turut menokok sedikit pengeluaran ialah nangka sebanyak 31,281 tan pada tahun lalu, naik berbanding hanya 31,175 tan (2018) dan 28,042 tan (2017).

Manggis pula menunjukkan permintaan positif apabila mengeluarkan merekodkan 28,764 tan tahun lepas berbanding 26,170 tan (2018) dan cuma 12,623 tan (2017).

Belimbing membaiki pertumbuhannya apabila daripada pernah mencatatkan 8,748 tan pada 2017 sebelum jatuh kepada 6,926 tan (2018) tetapi naik semula 8,054 tan (2019).

Begitu juga jambu batu yang pernah mendapat permintaan tinggi pada 2017 sebanyak 84,288 tan sebelum merosot kepada 34,495 tan (2018) namun melonjak sedikit 35,962 tan (2019).

Situasi sama direkodkan betik apabila pernah pengeluarannya cecah 83,797 tan pada 2017 tetapi jatuh kepada 52,917 tan (2018) dan kemudian naik kembali menjadi 53,681 tan (2019).

Tidak ketinggalan mangga atau mempelam daripada 16,913 tan pada 2017 sebelum merosot sedikit kepada 15,329 tan (2018) tetapi tahun lalu meningkat semula sebanyak 16,509 tan.

Bagaimanapun, raja segala buah, durian terus unggul apabila DOSM catat pertumbuhan positif daripada hanya 210,874 tan (2017) dan 342,170 tan (2018) kepada 377,251 tan (2019).

Ini diikuti pisang yang berada kedudukan kedua terlaris dengan rekod 325,447 tan sepanjang tahun lepas walaupun merosot sedikit daripada 331,255 tan (2018) dan 350,493 tan (2017). – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya