Program neuro linguistik dalam talian untuk pelajar mendepani cabaran 2021 - Utusan Malaysia

Program neuro linguistik dalam talian untuk pelajar mendepani cabaran 2021

HEBAHAN program ‘NLP Untuk Pelajar: Memacu 2021 Gemilang” yang akan diadakan menerusi aplikasi Google Meet pada 13 Disember ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Persatuan Kebajikan Keluarga Pelajar Pintar Terengganu (Gen-T) akan menganjurkan program neuro linguisitik (NLP) secara dalam talian bagi mempersiapkan pelajar untuk mendepani cabaran persekolahan tahun 2021.

Pengerusi Gen-T, Zamri Mohamad berkata, program ‘NLP Untuk Pelajar: Memacu 2021 Gemilang” itu diadakan menerusi aplikasi Google Meet pada 13 Disember ini.

Katanya, menerusi program selama dua jam itu, para peserta bakal didedahkan dengan teknik NLP termasuk kaedah menguruskan emosi, merangka matlamat diri yang jelas di samping membina keyakinan.

“Program yang julung kali dianjurkan Gen-T ini bertujuan mencungkil potensi pelajar ke arah mempersiapkan diri mereka untuk menghadapi cabaran 2021 terutama dalam situasi pandemik Covid-19 yang belum pulih.

“Taklimat dikendalikan kaunselor bertauliah, Roslan Mansor yang juga merupakan bekas pegawai di Jabatan Pendidikan Pahang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Zamri, penyertaan terbuka kepada semua pelajar berusia 13 tahun hingga 16 tahun dengan bayaran serendah RM10, bagaimanapun tempat adalah terhad.

Lebih menarik, katanya, sesi perkongsian ilmu itu boleh dimanfaatkan seluruh ahli keluarga selain peserta.

Mereka yang berminat boleh membuat pembayaran ke akaun Bank Islam, Gen-T di 13062010021582 sebelum 10 Disember dan mengemukakan bukti pembayaran kepada pengerusi dan bendahari persatuan di https://chat.whatsapp.com/FlRUtlJazgwD4HT3YgvS1q. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN