PRK Gerik: UMNO Perak pertimbang 11 nama calon - Utusan Malaysia

PRK Gerik: UMNO Perak pertimbang 11 nama calon

SAARANI Mohamad (dua dari kiri) dalam sidang akhbar di Ipoh, Perak, hari ini.- UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: UMNO Perak mencadangkan 11 nama yang untuk layak untuk dipertimbangkan sebagai calon daripada parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Gerik, 16 Januari ini.

Pengerusi UMNO negeri, Datuk Saarani Mohamad berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat beliau bersama Jawatankuasa UMNO Gerik, Jumaat lalu.

Beliau yang juga Menteri Besar berkata, UMNO Gerik setuju terdapat 11 nama calon yang boleh dicadangkan namun hanya seorang akan dipilih.

“Supaya kita bersikap adil, setiap individu yang berminat juga boleh menawarkan diri untuk berkhidmat kerana kita tidak mahu menutup peluang mereka.

“Kita berikan peluang supaya semua berpuas hati mereka diberikan peluang,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, di sini hari ini.

Menurutnya Saarani, setiap calon yang layak boleh menghantar biodata mereka kepada Setiausaha Eksekutif UMNO Perak sebelum pukul 5 petang ini secara terus atau melalui emel.

Beliau berkata, UMNO Perak menggunakan kaedah baharu dalam memilih calon iaitu dengan syarat semua 11 nama yang mereka dipertimbangkan itu perlu terlebih dahulu menyatakan kesediaan akur jika nama mereka tidak terpilih sebagai calon.

“Semua 11 nama itu dihantar untuk pendaftaran dan dibawa ke mesyuarat jawatan kuasa pengurusan yang kemudian diputuskan presiden parti.

“Tetapi untuk membolehkan nama itu dibawa  ke Kuala Lumpur (ibu pejabat UMNO), semua 11 orang itu mesti bersetuju untuk tidak dipilih sebagai calon.

 “Kalau mereka tak setuju, nama mereka tidak dihantar sebab nanti dia kecewa. Maksudnya, mereka perlu bersetuju jika tidak terpilih sebagai calon pun tak apa,  ini satu kaedah baharu kita pilih calon,” katanya.

Beliau berkata, kesemua 11 nama yang layak dipertimbangkan itu terdiri daripada pelbagai latar belakang daripada UMNO Gerik.

“Kita akan cuba bincang dengan pemimpin atasan supaya kali ini calon dapat diumumkan lebih awal. Kita kena umum seminggu sebelum penamaan calon. Penamaan pada 4 Januari, jadi tak lama lah (untuk umumkan calon),” katanya.

PRK Gerik diadakan berikutan kematian menyandangnya Datuk Hasbullah Osman pada 16 November lalu.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU-14), Hasbullah yang mewakili UMNO mempertahankan Parlimen Gerik dengan majoriti 5,528 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Parlimen Gerik diadakan pada 16 Januari ini. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya