Polis rampas produk kesihatan tak berdaftar - Utusan Malaysia

Polis rampas produk kesihatan tak berdaftar

ROZE Shaari (dua dari kiri) dan Dali Ismail (dua dari kanan) menunjukkan ubat tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan yang dirampas pada sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen Kedah, Alor Kedah pada 28 Disember 2020. UTUSAN/JAMLIAH ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Sebanyak 325 botol produk kesihatan tidak berdaftar dan pelbagai peralatan mengilang bernilai kira-kira RM1.2 juta dirampas di sebuah kilang haram di di Kawasan Perindustrian Ringan, Jalan Kempas dekat Sungai Petani, Khamis lepas.

Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Roze Shaari berkata, rampasan itu dilakukan hasil serbuan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kedah dengan kerjasama Cawangan Penguatkuasaan Farmasi, Jabatan Siasatan negeri pada pukul 11 pagi.

Menurut beliau, pihaknya menahan empat lelaki  berusia 20 hingga 24 tahun dalam serbuan tersebut.

“Produk dalam bentuk pil dan kapsul tanpa label serta bahan mentah racun berjadual yang dirampas disyaki ada kandungan steroid.

“Kilang berkenaan tiada lesen mengilang selain tiada  sijil amalan pengilang daripada Regulatori Farmasi Negara untuk tujuan pasaran dalam negara dan luar negara,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen Kedah di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Kesihatan Kedah, Dali Ismail.

Roze berkata, ubat berkenaan dipercayai untuk dieksport ke luar negara berdasarkan label pada botol produk.

“Siasatan masih dijalankan untuk mengesan dalang sindiket ini,” kata beliau.

Beliau menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dengan tidak menggunakan produk yang tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan bagi mengelak kesan buruk. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya