Kuala Lumpur: Dua kertas siasatan dibuka berhubung kenyataan seorang individu yang mengugut akan menembak mati Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dan menyerang Bukit Aman.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, pihaknya juga kini sedang mengesan suspek untuk tindakan lanjut.
Menurutnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Ada dakwaan mengatakan suspek tidak siuman namun siuman atau tidak kita akan kesan terlebih dahulu.
“Suspek juga dikesan turut terbabit dengan membuat kenyataan penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong beberapa bulan lalu,”katanya pada sidang media di Bukit Aman, hari ini. – UTUSAN ONLINE