PN ‘hatrik’ hari ini, RUU Perbekalan 2021 KeTSA lulus undian suara - Utusan Malaysia

PN ‘hatrik’ hari ini, RUU Perbekalan 2021 KeTSA lulus undian suara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Tenaga dan Sumber Asli.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd. Rashid Hasnon mengumumkan keputusan berkenaan.

Seperti beberapa kementerian sebelum ini, RUU Kementerian Tenaga dan Sumber Asli turut mendapat sokongan majoriti ahli parlimen tanpa melalui proses undian belah bahagi.

Kementerian ini diterajui Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah, memperoleh peruntukan berjumlah RM2.10 bilion dalam Belanjawan 2021 -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN