PKPB dilonggar kerana ramai mengeluh- Ismail Sabri - Utusan Malaysia

PKPB dilonggar kerana ramai mengeluh- Ismail Sabri

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan mendengar keluhan rakyat berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang memberi impak kepada kehidupan mereka.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mengambil kira pertimbangan itu, maka kerajaan memberi sedikit kelonggaran kerana memahami perlunya mengimbangi keperluan menjaga kesihatan dan ekonomi rakyat.

“Ramai yang mengeluh kerana terkurung di kawasan masing-masing di zon PKPB. 

“Peniaga juga mengeluh kerana kekurangan pelanggan. Pemandu teksi mengeluh tiada penumpang. Maka kerajaan memberi sedikit kelonggaran,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Bagaimanapun, beliau meminta rakyat bertanggungjawab untuk mengamalkan kawalan kendiri dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi menjaga kesihatan diri, keluarga dan masyarakat.

Semalam, kerajaan membenarkan pergerakan rentas negeri dan daerah mulai esok kecuali dalam daerah Perintah  Kawalan Pergerakan Diperketatkan Secara Pentadbiran (Temco) selain tidak lagi mengehadkan jumlah dalam  satu kenderaan iaitu bergantung kepada kapasiti kenderaan.

Keputusan itu sejajar penamatan PKPB di seluruh negara kecuali tiga negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur dan Sabah yang dilanjutkan 14 hari lagi bermula esok hingga 20 Disember ini.

Namun begitu, empat daerah di Selangor dibebaskan daripada PKPB iaitu  Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Kuala Selangor.

Terdapat beberapa daerah di negeri lain  turut dikenakan PKPB iaitu di Perak (daerah Kinta Serta Mukim Teja, Kampar dan Mukim Changkat Jong, Hilir Perak), Kelantan (Kota Bharu, Machang, Tanah Merah dan Pasir Mas) dan Negeri Sembilan (Seremban dan Port Dickson).

Turut dikenakan PKPB di Johor  (Kota Tinggi, Johor Bahru, Batu Pahat dan Kulai), Pulau Pinang (Mukim 12 -Barat Daya dan Mukim 13 – Timur Laut)dan Kedah ( Daerah Kulim). – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya