PH bermesyuarat bulan depan perinci idea Grand Coalition - Utusan Malaysia

PH bermesyuarat bulan depan perinci idea Grand Coalition

LIM GUAN ENG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan perbincangan mengenai idea pembentukan Grand Coalition atau  gabungan besar iaitu kerjasama baharu antara parti pembangkang bulan depan. 

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, parti itu pada dasarnya bersetuju  parti pembangkang perlu bersatu dan bekerjasama untuk memenangi pilihan raya umum (PRU) akan datang. 

“Sekiranya bersatu, kita memiliki lebih banyak peluang untuk menang dan menentang Perikatan Nasional (PN). 

“Mungkin Januari ini kita bertemu dan berbincang terlebih dahulu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Idea penubuhan Grand Coalition dicadangkan Timbalan Presiden Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Marzuki Yahya dan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal yang menyarankan pembangkang membentuk kerjasama menerusi gabungan besar untuk menghadapi PRU yang mungkin diadakan pada bila-bila masa. 

Bagaimanapun, cadangan itu mendapat reaksi pelbagai daripada beberapa pemimpin parti pembangkang yang bimbang Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim diketepikan selain ada yang mempersoal kemungkinan penyertaan semula bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya