Pesakit lelaki maut jatuh tingkat 5 HTF - Utusan Malaysia

Pesakit lelaki maut jatuh tingkat 5 HTF

Mayat warga emas dikatakan terjatuh dari tingkat lima Hospital Tuanku Fauziah (HTF) tengah malam tadi.- UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Seorang pesakit darah tinggi ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat lima Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini tengah malam tadi.

Dalam kejadian pukul 12.25 tengah malam, mangsa berusia 69 tahun dikatakan terjatuh melalui koridor blok A hospital berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintenden Wari Kiew yang mengesahkan kejadian itu berkata, mangsa dimasukkan ke HFT pada Isnin lalu berkaitan sakit darah tinggi.

Katanya, sebelum kejadian, mangsa meminta kebenaran pulang kerana tidak mahu tinggal di wad.

“Kita sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian itu.

Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut,” katanya.

Sementara itu, Pengarah HTF, Dr. Othman Warijo berkata, pesakit terbabit dimasukkan ke wad  selepas mengadu sakit kepala dan muntah. 

“Pemeriksaan mendapati mangsa mengalami pendarahan akut di serebelum (acute cerebellar hemorrhage) berpunca tekanan darah tinggi,” kata beliau. 

Menurut beliau, mangsa sentiasa ditemani  anaknya dan pihak hospital dan polis sedang menyiasat punca kejadian..

Katanya, orang awam tidak perlu bimbang terhadap keselamatan pesakit di HTF kerana langkah-langkah perlu telah diambil dan sentiasa diawasi.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya