Perpaduan khazanah harus dipertahankan - Utusan Malaysia

Perpaduan khazanah harus dipertahankan

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail (tiga dari kiri) membuat ‘tangyuan’ sempena program sambutan dan perayaan Solstis Musim Sejuk (Chinese Winter Solstice atau Dongzhi) 2020 di Fairy Le Phenomenal Cafe Kangar, Perlis, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Perpaduan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat di negara ini adalah khazanah yang perlu sentiasa dipupuk, disemai dan dipertahan oleh generasi kini serta akan datang.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, rakyat Malaysia umumnya dan negeri ini khususnya sangat beruntung dan bertuah atas hubungan baik yang dimiliki sesama masyarakat.

“Ini kerana, mereka dapat hidup dalam sebuah negara dan negeri yang mempunyai pelbagai bangsa, agama, budaya, adat resam dan bahasa dengan aman serta damai,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian selepas berkenan berangkat menghadiri program sambutan dan perayaan Solstis Musim Sejuk (Chinese Winter Solstice atau Dongzhi) 2020 di Fairy Le Phenomenal Cafe Kangar, di sini hari ini.

Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta anakanda-anakanda baginda iaitu Puteri Sharifah Khatreena Nuraniah serta Puteri Sharifah Farah Adriana.

Keberangkatan tiba baginda ke program yang dianjurkan oleh Wanita Dewan Perhimpunan Cina Negeri Perlis itu disambut pengerusinya, Dr. Tan Fee Youn.

Sementara itu, Fee Youn memberitahu, sambutan hari tersebut adalah bersempena perayaan kebudayaan penting yang diraikan khususnya di negara China, Korea, Jepun dan Vietnam sebagai menandakan kemuncak musim sejuk.

“Bermula dari hari tersebut, matahari bersinar lebih lam menandakan bermulanya tahun baharu yakni perkiraan sebelum wujudnya kalendar.

“Pada hari tersebut juga, ahli keluarga dan saudara-mara bersama-sama membuat ‘tangyuan’ iaitu bebola beras pulut yang dimakan sebagai tanda perjumpaan, kesatuan dan kebahagiaan semula memandangkan ramai ahli keluarga dan suku kaum akan berkumpul untuk menyambutnya,” ujarnya

Oleh yang demikian, beliau berharap sempena sambutan musim ini membawa perubahan yang lebih baik kepada ekonomi, hidup dan hubungan antara semua. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya